Friday 7 December 2012

PDM KLIAS BARU SIAP SIAGA HADAPI PRU






BEAUFORT: Exco Pergerakan Wanita Umno Malaysia, Datuk Azizah Mohd Dun mengingatkan semua jentera bergerak dengan lebih proaktif sebagaimana arahan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung Tahunan Umno 2012 minggu lalu.

“Presiden parti telah mengarahkan kita kembali ke kawasan masing-masing agar bekerja menangani masalah rakyat, menunjukkan kepada rakyat bahawa kita bekerja untuk rakyat dan seterusnya menawan hati rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Bilik Gerakan jentera pilihanraya Umno Pusat Daerah Mengundi (PDM) Klias Baru, di sini kelmarin.

Hadir sama, Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Baeufort, Zainal Jilon, Ketua Daerah Mengundi Klias Baru, Ajak Durahman, Ketua-ketua cawanngan dan ketua-ketua Wanita cawangan serta ahli jentera parti PDM Klias Baru.





Ketua Wanita Umno Bahagian Beaufort yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna itu menyeru semua jentera yang terlibat mestilah taat setia kepada pemimpin dana parti dan sentiasa dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

“Keperluan semasa menuntut kita agar berada dalam keadaan siap siaga, ini penting. Saya juga ingin mengingatkan tentang amanat Presiden agar kita taat setia kepada parti dan mengikut arahan serta sentiasa bersatu padu dan bekerjasama . kita mahu berada dalam team yang menang justeru itu kita perlu bekerjasama,” katanya.

Pada Majlis itu Azizah mengetuai semua ahli parti yang hadir melafazkan ikrar taat setia kepada parti.

No comments:

Post a Comment