Tuesday 18 December 2012

'MAHARAJA JUDI' LUPA RAKYAT?






Saudara Pengarang,

MEMANG tepat Ahli Parlimen Beaufort digelar 'Maharaja Judi' kerana telah memperjudikan nasib para pengundi di Klias dan Beaufort sejak beliau menjadi ADUN Klias dan Ahli Parlimen Beaufort disebabkan tabiat buruk beliau yang suka berjudi.

Oleh kerana terlalu sibuk berjudi, beliau lupa masih ramai rakyat yang menderita dan tidak terbela disebabkan keghairahannya mengejar projek bagi memenuhi nafsu judinya.

Salah seorang mangsa judinya ialah Mak Cik Sabariah Bte Baludis, 72, yang menetap di Kampung Kebulu, Menanjung, Beaufort yang hidup sebatang kara di rumah usang; sedangkang Lajim tahu dan kenal benar dengan Mak Cik ini.




Bukan sekali permohonan rumah PPRT dibuat melalui Lajim, malah sudah berpuluh kali dijanjikan, namun sehingga 10 Disember 2012, belum ada sebarang kelulusan diberikan.

Sebagai jiran tetangga yang sedih melihat Mak Cik ini hidup merempat di negeri sendiri, kami hanya terdaya membantu ala kadar dan kasihan melihat beliau terpaksa menumpang tidur di rumah sanak saudara yang berdekatan kerana rumah usangnya tidak lagi selamat kerana boleh menyembah bumi pada bila-bila masa.

Oleh itu, sebagai pemilih, jiran dan penduduk Beaufort, saya merayu agar rakyat Beaufort menolak kepimpinan Lajim yang hanya memperdaya kaum Bisaya dengan gelaran 'Janang Gayuh' yang tidak memberi sebarang makna kepada rakyat; sebaliknya sebagai tiket untuk meneruskan tabiat berjudi yang mendarah daging dalam dirinya, seolah-olah agama Islam hanya pakaian korporat di kala merasmikan acara. Hipokrit!

Salam Hormat,

JIRAN PRIHATIN


(NOTA : Sabahkini.net telah menghubungi Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Hajjah Azizah Mohd Dun sebaik sahaja menerima surat aduan ini. Menurut maklumat pegawai Azizah, Sabariah Bte Baludis adalah penerima bantuan tetap Jabatan Kebajikan dan bakal menerima rumah PPRT pada awal tahun hadapan. Namun persoalannya kenapa Pegawai Kebajikan Beaufort tidak memantau kebajikan penerima bantuan yang hidup dalam keadaan paling daif dan Azizah juga enggan menjawab panggilan telefon dan Sabahkini.net; sinonim dengan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Isnin Aliasnih. Mungkin dilanda 'Sindrom Bisu' kerana takut badi Janang Gayuh?)

No comments:

Post a Comment