Tuesday 11 December 2012

BAGAIMANA PAKISTAN BOLEH BERNIAGA DI SABAH?




  
Saudara Pengarang,

APA SUDAH jadi kepada negeri Sabah hari ini? Rakyat sendiri menjadi korban pendatang asing yang berbangsa Pakistan. Pembunuhan kejam Norikoh Saliwa, gadis sunti di Kota Marudu adalah tragedi malang dan mengejutkan seluruh negara.

Seperti kita sedia maklum, Daerah Kota Marudu itu adalah antara daerah paling rendah indeks jenayahnya kerana penduduknya hidup dalam keadaan aman damai sejak merdeka lagi.

Akan tetapi, apabila kes pembunuhan kejam adik Norikoh, menuntut kita semua termasuk para pemimpin negeri, sama ada pembangkang atau dalam kerajaan agar bangun dari lena tidur dan segera bertindak agar semua pendatang  Pakistan, terutama yang mendapat kerakyatan songsang; diperiksa dengan tegas dari aspek undang-undang, sama ada mereka ini boleh membuka perniagaan di Sabah atau tidak?

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Hajiji Haji Noor dan semua Pegawai Daerah perlu menjawab persoalan berikut;

1)  Kenapakah kebanyakan  pendatang Pakistan ini diberikan lesen perniagaan untuk membuka perniagaan, sedangkan mereka masuk ke Sabah menggunakan Pasport Pakistan?

2) Jika alasan mereka menggunakan nama orang tempatan untuk mendapatkan lesen perniagaan tersebut, maka ini menunjukkan undang-undang kita terlalu lemah sehingga boleh disalahgunakan dengan mudah. Sepatutnya pemeriksaan berkala secara rambang perlu dibuat dari semasa ke semasa di semua premis perniagaan dikendalikan Warga Pakistan yang dianggarkan lebih 100 di sekitar Kota Kinabalu, Inanam, Putatan, Penampang. 

3) Adakah terdapat pihak tertentu di semua PBT dan Pejabat Daerah ini terlibat dalam penyalah gunaan kuasa, iaitu bersubahat meluluskan lesen perniagaan ini?






4) Jika mereka memiliki kad pengenalan, persoalan kita di sini siapakah yang memberikan mereka kad pengenalan ini dan apa motif pihak ini mengimport pendatang Pakistan . Bukan menjadi rahsia lagi bahawa ramai pendatang Pakistan ini telah boleh mengundi di dalam pilihanraya 2008 dan PRU akan datang.

5) Kerajaan negeri dan PBT mesti bertindak dari sekarang kerana kebanyakan lesen perniagaan akan diperbaharui mulai Disember ini untuk tahun 2013; maka PBT dan Pejabat Daerah mesti membuat tapisan dan berani bertindak dengan menutup semua perniagaan yang disyaki diurus oleh pendatang Pakistan.

6) PBT, Jabatan Pendaftaran dan Jabatan Imrigesen mesti bertindak secara kolektif untuk mengusir semua pendatang Pakistan yang disyaki menyalah gunakan pasport untuk berniaga di Sabah dan Kerajaan Sabah wajib mencontohi kerajaan Sarawak yang begitu tegas untuk menjaga kepentingan rakyat tempatan daripada saingan orang luar dalam soal  peluang perniagaan.

Oleh itu, kita berharap semoga kerajaan Sabah dapat bertindak tegas terhadap kedai runcit dan premis niaga yang dimiliki oleh Warga Pakistan ini sebelum terlambat dan lebih ramai rakyat tempatan terkorban.

Salam Hormat,

MOHD DANIAL ADULLAH

No comments:

Post a Comment